Assalamualaikum

Thursday, June 24, 2010

Renungan diri

Adakah pandangan orang(manusia)terhadap diri kita lebih penting berbanding pandangan tuhan? Kenapa harus malu melakukan kebaikan,takut menegakkan kebenaran?? takut orang cakap kita sok alim? tak sedar diri?Contohnya: orang selalu cakap "ah, dia bertudung pura2 alim ak tgok dia tu x sempurna pun,huhuhu bagus lagi aku yg tak bertudung ni "be yourself"..........dengan bangganya cakap mcmtu! itulah manusia?? wat betul dipertikaikan,wat salah di iyakan...penuh dolak dalih?? Dia bertudung,alhamduillah.ada cacat sikit tat perangai biasalah x suma orang sempurna! janji dia x wat dosa2 besar sperti maksiat,minum arak atau pekara2 mungkar! lagi satu, Iyakah kalo orang jahat bagus tak payah bertudung??? masalahnya tutup aurat tu wajip!!! Kita tat dunia ni ada hintungan dosa dan pahala, takkan nak biarkan timbangan pahala kita kosong suma amalan berat tat sebelah dosa jer. Suma amalan berat tat dosa,gerenti masuk neraka!

Tapi kalo kita bertudung,depan org ramai berpegang-pegang tangan dgn kekasih,bercium2an itu lah masalah,masyallah. Atleast dgn bertudung tu malu lah sikit dekat org.Ada hikmahnya pakai tudung,kita pakai tudung kita sedar kita ni islam,kita pakai tudung kita sedar wajib menutup aurat menghindari kemurkaan Allah swt,kita bertudung membezakan kita dgn org bukan islam.Itulah identiti kita sebagai islam,kita pakai tudung kita bangga org lain tahu kita islam(kalo tak pakai tudung kita tak rasa lain kah org tak tau kita ni muslim atau tidak,tup2 lagi muka ada mix2 gitu,org tak tahu kita islam atau kristian atau agama lain bab tak bertudung)tak rasa janggal ke?.Tu hikmah bertudung org tahu agama kita islam dan pakai tudung hikmahnya kita cuba menghindari diri dari melakukan sesuatu yg dianggap tidak baik.Tapi kalo pakai tudung tak effect kat kita,itu yg ada masalah tu.Cuba fikir2 dan renung2kan balik kenapa org yg bertudung skrg perangai x senonoh??? Ah tulah kerana tudung dijadikan fesyen pakai tudung separuh kepala nampak rambut depan,siap berjuntai2 lagi, pakai tudung dinaik-naikn p atas kepala,bahagian sepatutnya tertutup x tertutup suda...pakai tudung berbelit2 mcm ular suda...jgn....nti di akhirat sana betul2 ular belit kita(iyalah bagus2 tudung dgn nama tudungnya dicemarkan dgn fesyen2 yg berragam2 ni)tudung hanya untuk menutup rambut yg x cantik/mati sebab dah berkali2 wat rebonding,bertudung supaya nmpk cntik muka bulat2 daripada buka tudung malu rambut tak shalus "guna jari pun boleh", pakai tudung baju ketat nampak bentuk badan yg meliurkan lelaki,Astagfiruaalazim.

Niat tu penting...niat kita bertudung.adakah kerana fesyen atau keterpaksaan atau sememangnya niat kerana Allah menunaikan kewajipan menutup aurat.Kalo betul kerana ingin mnutup aurat,tutuplah betul2 jgn masuk angin nti.Kaji balik,tudung ni apa fungsinya sebenarnya?? adakah hanya sekadar menutup separuh rambut?adakah hanya mnutup rambut bole menampakkn lehar,ada kah tutup kepala dibelit2kn bole menampkkn bentuk2 yg tak sepatutnya nmpk??

Kita bandingkan lagi dgn solat, kita sembahyang tapi masih buat dosa bukan dosa kecil tapi dosa besar??Sejauh mana impak solat kita itu dalam membentuk diri kita? kenapa tidak dengan solat yg kita dirikan itu memberikan kekuatan untuk kita menghindari dosa?? Nah,kerana mesti ada yg tak kena dgn solat kita?? cuba fikir2 dan renungkan kembali perbuatan kita,knp solat tapi masih dating sana dating sini,kenapa solat tapi masih mengumpat sana mgumpat sini,knp solat masih buka sana buka sini...(dating,mgumpat,buka aurat) Mesti org zaman sekarang anggap benda ni pekara kecil jer..tapi sebenarnya ia adalah dosa besar!!! Dating dan membuka aurat bole membawa kpd maksiat,mgumpat(mengumpat itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh) kerana mgumpat ni bole membwa macam2 pekara buruk.sO mana keberkesanan solat dalam diri kita?apa makna solat? mana hikmahnya dalam diri kita?? Adakah solat kewajipan atau adat?? adakah solat hanya sekadar bila ada masa,bila ada mood bila ada masalah??? adakah solat hanya sekadar berdiri,takbir,rukuk sujud dan itulah solat????? kita renungkan lah balik,di mana silapnya kita yg membuat kita tidak dapat merasa nikmatnya solat itu,di mana silap kita tidak dpt mjadikn ia benteng dan senjata dalam mhindari diri dari dosa2 besar ini?dimana silapnya kita??adakah solat yg kita lakukan selama ni bermakna atau hanya sekadar sandiwara?? Solat 5 waktu sehari semalam,adakah kita telah betul2 melaksanakan nya dengan sempurna? !!! buka hati buka minda tanyalah diri kita. Renungan untuk diri ini dikongsi bersama.

Followers