Assalamualaikum

Monday, September 1, 2014

HijrahKu Bersama TVAlhijrah. Segalanya bermula di sini! 2


Kisah "Aku"!
2012!
Iya! Di Facebook aku jumpa ayat2 Islamik. Nasihat2 yang berguna. Sedikit kesedaran ku untuk MengenaliNya kerana sikapku yang suka copy n paste ayat Islamik orang.
Namun demikian, TVAlhijrah lah yang banyak membuka kotak pemikiranku. Aku pun lupa sejak bila aku menonton TvAlhijrah! Aku pun tak ingat sejak bila aku jatuh cinta dengan TVAlhijrah. Bagi manusia sepertiku yg hidup hanya di rumah dan sekolah. Televisyen lah menjadi teman. Teman yg Baik di alam nyata untuk agamaku, untuk hijrahku,  belum kutemui saat itu. TVAlhijrah lah menjadi sahabatku. Melalui TvAlhijrah , aku kenali mereka-mereka yg "beragama". Aku kenali mereka-mereka yg tidak aku ambil tahu sebelum ini. "Segalanya bermula di sini "! Di sini, Aku mengenali Ust Don,Amin Idris, Irma Hasmie, Kumpulan UNIC, Amie Sofea, Farrah Adeeba, Ust Sharul Faizie, Sham Kamikaze, Ust Izhar, Ustzh Isfadiah,Ust Ghazali Ibrahim, Ust Elyas Ismail , Wan Kamaruddin Wan Ibrahim, Syeikh Nuruddin, DR Asyraf Dasuki, Ust Ravi, Ust Shahkirit(maaf jika salah eja),Ust Syed Noorhisyam , Dan Ust2 seperti Ust Zaharuddin ku kenali juga melalui TVAlhijrah. Ust2 & Ustazah2 yang muncul dalam program Assalamualaikum, Bicara, Dikir Zikir, Muhasabah Diri, Jalan Orang Mukmin,Madrasah Alhijrah,Isu Akidah dan lain-lain. Pendek cerita orang-orang alim kebanyakkan ku kenali melalui TvAlhijrah! DrMaza? Aku lupa sama ada dari Bicara TvAH @ Youtube.

UstDon ,Amin Idris, Irma Hasmie , Unic ,Ust Izhar n Ustzh Isfadiah Ini Nama2 yang paling aku minati lah.

Ilmuku tentang agama memang zero! Sebagai permulaan, TvAlhijrah banyak mengisi ruang kosong dalam otakku.Ust2 ustzh2 pun aku kenali dari TvAlhijrah kan.Baru lah aku ikuti "perkembangan" mereka d FB atau Twitter.

Rasanya 30Minit Ustaz Don @ Assalamualaikum , program pertama yang aku tengok di TvAlhijrah.

Awal aku mengenali 30 Minit Ust Don , yg memoriku simpan sampai sekarang ialah Ust Don membicarakan "Niat" dalam solat.Maybe ini pertama kali aku tengok!Rasanya,waktu petang masa tu. Kalau tak silap 30MUDon pernah main sekitar jam 3pm kan? 30MUDon menjadi medanku menuntut ilmu. Perkara sunat,wajib dalam solat, Mad bad, boleh kah qada dan puasa 6 serentak dalam bulan Syawal dll. Suara Ust Don membaca alQuran sangat merdu dan mampu menyentuh hatiku yg keras ini. Mahu menangis ja masa tu! Tpi memandangkan di ruang tamu, biarlah hati sanubariku yg menangis!Doakan aku agar istiqamah menonton rancangan yg berilmu seperti 30MUD. Ustaz Don kalau ustaz baca ni, doakan saya ya agar ditempatkan bersama2 org soleh.

Assalamualaikum ( Bual Bicara Tv Alhijrah)  Masa 2012 tu, Assalamualaikum hanya bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad , dari jam 8:00-10:00 Pagi. Magnet Diri dari Amin Idris!( Yang aku ikuti masa tu, Amin Idris kongsi ttg 7 habit of highly effective people. Itu kan aku ingat). Bersyukur ada juga bual bicara Islamik. Dan Aku harap Assalamualaikum betul2 ke arah yang mengikut syariat.  Program Assalamualaikum salah satu program yg Istiqamah aku menonton . Tpi ada lah slot2 yg aku tak tengok juga. Paling aku suka, slot Sham Kamikaze n Ust Izhar.  Assalamualaikum juga byk beri maklumat tentang Isu Semasa! Palestine, Rohingya.Native Deen aku kenali kerana mereka masuk Assalamualaikum. Aku rindu diriku yg dulu.Aku Rindu Assalamualaikum. Sebelum dan semasa Ramadhan 1433H, Allah izin aku selalu menonton Assalamualaikum. Di sini aku sedar , apa erti aku puasa sebelum ini? Puasa "full" , solat "fail". Entah sah atau tidak puasa aku sebelum ini.Assalamualaikum Allah hadirkan dalam hidupku supaya Jadikan *Ramadhan Tahun Ini Lebih Baik Daripada Ramadhan Tahun2 Lepas* dan membangkitkan persoalan dalam hidupku "Andai Ini Ramadhan Terakhirku"  ... Pasal Terawih? Seumur hidupku tak pernah!
Sejak Ramadhan 1433 , barulah hatiku terdetik melakukannya. Sedih bukan hidupku!
Assalamualaikum! I love U!
Bulan Syawal, Assalamualaikum ada edisi khas. Pelbagai ilmu juga aku perolehi. "Syawal Sebuah Kemenangan" Slogan tahun bila eh?  Assalamualaikum, teruskan usahamu menyebarkan ilmu! Ya Allah, tempatkan lah insan2 yg menjayakan program Assalamualaikum di Syurga Firdaus. Ya Allah, Assalamualaikum menjadi sedikit banyak asbab yg kau hadirkan dalam hidupku untuk mengenali Agamamu.

Dikir Zikir juga my favourite. Aku minat dan kenal UNIC dari program ini. Program santai. Bagus untuk diriku yang tak tahu apa2 . Nasihat3 santai menggamit perhatian. Lagu2 nasyid bermain di gegendang telinga.

Bicara? Isu2 Semasa yang mencakar minda dikongsi dalam program ini. Program yang bermaafaat. Best. Awesome . Pengacaranya "Amin Idris" .My favourite pengacara. Allah izinkan Aku mengenalinya di Televisyen ja lah.Memandang Amin Idris jadi pengacara, aku dapat menonton Bicara Selebriti . (Betulkan niat k.Menonton Perkara Bermanfaat Kerana Allah k).

Kak Irma Hasmie.Kalau dulu,aku tak suka sangat kat Kak Irma Hasmie.Aku pun tak tahu kenapa ! But, sekarang aku suka tengok kak Irma. Kak Irma sudah berubah.Tidak macam yang dulu2.
Sham Kamikaze! Shamril Salleh! Alhamdulillah ! Terima Kasih TVAlhijrah , mengenalkan aku dengan Sham Kamikaze. Cerita penghijrahan beliau sungguh menyentuh hati yg aku tengok d utube . Post FB beliau amat bermakna dalam hidupku.Post FB beliau yg mengingatkan supaya menutup aurat menjadi pendorong aku menutup aurat . Suatu malam, abgku mengajak aku ke kedai. Selalu aku tak tutup aurat. Tapi malam itu, Allah lembutkan hatiku untuk menutup aurat.Itu langkah pertamaku menutup aurat . Selepas itu aku telah Istiqamah. Abg aku memang terkejutlah. Di sekolah memang pakai tudung, kalau di luar sekolah, pergi kedai, pergi rumah jiran, tudung @ menutup aurat memang tak lah. Alhamdulillah.Bersyukur sangat kepada Allah. Menghadirkan Insan2 yg selalu mengingatkan insan lain.Terima kasih Abg Sham Kamikaze . Istiqamahlah ya abg Sham dalam penyebaran Dakwah. Semoga Hidayah Allah, sentiasaa ada dalam hidup abg. Satu perkara yang aku amalkan daripada dakwah abg Sham "Lihat apa yg kita post, like n share. Semua itu akan dihisab" . Aku harap suatu hari nanti, Allah izinkan Aku bertemu abg.Jika panjang umur lah.Tpi macam tak panjang ja umur aku . "Hidup Mulia atau Mati Syahid"

DRMaza! Ustaz yang paling aku minat selepas ust don! Video DrMaza yg aku perehi d Utube " Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video ini" memberi sebanyak kekuatan untuk aku bertaubat kepadanya. Ceramah DRMaza kebanyakkan aku perolehi dari YouTube atau program Bicara dll.

Kalau satu persatu aku tulis , memang tak kan habis. Ust2 Ustzah2 yg jarang keluar TV, FB lah medanku memperolehi ilmu daripada mereka. Banyakkan Sebarkan Ilmu ust ustzh! InsyaAllah kami membaca nya.


Back to TVAlhijrah. Sebelum itu, Tanyalah Ustaz, Bismillah, Anda Musykil , FPEI , Liga ilmu juga hadir semasa awal penghijrahan.

TVAlhijrah. Istiqamahlah mengeluarkan program2 yang mampu menjadi anak2 muda seperti "Aku" Kembali Ke Pangkal Jalan. TVAlhijrah, Allah izinkan aku mengenali Islam melalui mu. Allah Izinkan Aku mendekatkan diri kepadaNya melalui ilmu2 yang aku perolehi daripadamu. 30 Minit Ustaz Don yg membicarakan topik Solat amat berguna buatku yg tak tahu apa2 tentang agama. Program2 TvAlhijrah "memperkenalkan" aku siapa itu "Rasulullah SAW" . Aku tak kenal Rasulullah. Dengan Hidayah Allah, Aku cuba mengenali Kekasih Allah itu dengan mendapatkan ilmu melaluimu, TVAH. Alangkah Indah Hidup Ini yang TvAlhijrah selalu siarkan mampu membuatkan aku menangis. Mengingatkan aku ttg kebodohan diri tidak mengenali Nabi Muhammad SAW . Sunnah Rasulullah lagi lah aku tak tahu.

Air mata ku ingin mengalir apabila mendengar anak2 kecil mengalunkan alQuran dalam rancangan 30minit Ust Don. Sungguh mereka pandai membaca alQuran. Sedangkan aku? Tidak pandai baca AlQuran.Umur telah baligh. Jika dikira dari tahun 4, 4 tahun aku hidup tanpa AlQuran. Mana tidak hati menjadi keras  !
..........................................................
TVAlhijrah. Engkau menjadi platform "aku" Kembali KepadaNya. Semoga Allah mengurniakan Pahala yg banyak kepada Insan2 yg menjayakan program TVALHIJRAH. Semoga semakin bertambah program yg bermutu di TvAlhijrah. Aku Sangat Syg PadaMu TVAlhijrah.Aku harap Aku seperti Diriku yg dulu, yg selalu mengutip ilmu daripada program Islamik yg disiarkan.Allah mengizinkan kamu "TVAH" menjadi  medan aku menadah ilmu di saat tiada sahabat soleh disisi.Disaat tiada taman2 syurga di tempat tinggalku. Aku tak ingin jatuh ke dalam lubang lagi.Cukup sekali. Ya Allah, Izinkan Aku Kembali KepadaMu.

Sekarang , 2014! Aku rasa , Aku kembali Jauh daripada Allah. Program pada bulan April yg Dianjurkan oleh sesuah organisasi
, menyuruhku supaya sedar! Sedarkan diri wahai anak muda! Kembali ke pangkal jalan! Bukankah itu doamu 2 tahun lepas? Allah telah makbulkan! Allah MenyayangiMu. Wahai anak muda, Kau menyatakan bahawa kau bukan orang baik. Tapi Allah Izinkan kau bersahabat dengan mereka yg dekat pada Allah. Allah menyayangimu anak muda. 2 Tahun lepas kau terkapai-kapai mencari sahabat yang baik untuk agamamu. Tahun ini Allah kurniaankan sahabat yg baik.Allah mengizinkan kau Mengenali mereka yang berjuang di jalan Allah di dalam alam nyatamu.Sedarlah anak muda! Bertaubatlah kepada Allah! Kurang sedar lagi? Nah! Allah Izinkan Karnival Hijrah berlangsung di Negerimu. 4 Malam berlangsung, 4 Malam Allah izinkan Kau hadir dalam majlis itu. Kau juga tahu bertapa sukar membawa ayahmu keluar malam2 , apatah lagi 4 malam berturut-turut dan karnival ini agak jauh dari rumahmu. Tapi Allah permudahkan 4 mlm kau hadir , dan siang sabtu dan ahad juga Allah Izinkan. Mampukah kau hadir karnival ini, Jika Allah SWT tak izinkan? Wahai anak muda! Sedarlah.Allah SWT makbulkan doamu.Bukankah itu hayatmu , untuk bertemu Amin Idris, UNIC dan yg lain itu? Kembalilah kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya.  Sebelum itu, Allah juga mengizinkan Kau tengok live Ceramah DRMaza. Mengapakah kau tak bersyukur? "Yakinlah dengan kuasa doa. Ajaib hidup seseorang kerana Doa"

Sahabat2 yg membaca warkah ini, doakan "aku" . Aku bukan pemilik blog ini.Aku cuma meminjamnya.
Doakan Aku agar Hidayah sentiasa disisiku. Doakan aku agar aku tidak tersungkur lagi.Aku tidak ingin hidup tanpa Allah dalam hati. Sungguh SEKSA, sungguh PERIT jika tiada Allah dalam jiwa sanubariku . Doakan Aku, agar dapat mengenal Allah, mencintai Allah, mengenal Rasulullah dan mencintai Rasulullah. Doakan Aku agar dapat membaca AlQuran dengan lancar dan amalkan alQuran dalam kehidupan.


Allah! Izinkan Aku Kembali Bersujud Padamu.

TVAlhijrah! Terimalah aku kembali sebagai sahabatmu . Aku turut menjauhi mu semasa aku jauh dari Allah....



.......................,...............................

Manusia perlukan Allah dalam diri.Tiada Allah dalam diri , tiadalah ketenangan, tiadalah kebahagiaan. Sungguh, orang yang pernah "hidup" bertahun-tahun tanpa Allah dalam dirinya , tahu bagaimana seksanya hidup.Sakit!Perit!Seksa!Sungguh Menyedihkan!

Hidup tanpa Allah , Tanpa Islam sebagai Agama, Tanpa Rasulullah, Tanpa AlQuran , sangatlah menyakitkan jiwa.Hati Kritikal.

Bersyukur atas nikmat Hidayah! Hidayah Milik Allah.Kekalkan Dlam Diri!


Followers