Assalamualaikum

Sunday, November 29, 2009

3 soalan

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?” Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” J

awab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu.

Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”,

jawab beliau.

Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya.

Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Ketika menceritakan kisah ini kepada adik-adiknya, si kakak menampar perlahan adiknya yang paling dekat disisinya.. si adik terkejut dan berkata "kenapa kakak tampar aku pula?"..

si kakak menjawab, "kalau mendengar saja nanti lama-lama lupa.. tapi kalau betul2 rasa tamparannya, mungkin ingat sampai bila-bila".. lantas ketawa kecil dan memeluk erat adiknya itu.. semua yang ada ketawa.. :)

Sunday, October 25, 2009

Berubah


Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Lagu/lirik : Deden Supriadi
Berubah
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com

Friday, July 10, 2009

Merebut gelaran hamba

Merebut gelaran hamba bertakwa
Oleh Hashim Ahmad

* bahan diterbitkan untuk tujuan perkongsian*

PERKATAAN hamba dalam konteks bahasa biasa seharian bermaksud orang suruhan. Dalam Islam pula, hamba digolongkan sebagai orang yang belum memerdekakan diri dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada majikan atau tuannya.

Ketika penggunaan hamba berleluasa suatu ketika dulu, seseorang itu mungkin asalnya merdeka, tetapi apabila berlaku rompakan ke atas kaumnya atau dia menjadi orang tawanan perang setelah kalah dalam peperangan maka dia menjadi hamba.

Hidup seseorang hamba itu tidak mempunyai kebebasan, malah dia dikongkong atau diawasi majikan atau tuannya. Selain itu dia terpaksa melakukan apa saja kerja yang disuruh tuannya walaupun kesihatannya terganggu.

Pendek kata, seorang hamba tergolong dalam status sosial paling rendah. Hidupnya akan sentiasa tertekan dan keadaan ini akan berkekalan selagi dia tidak menebus diri daripada majikannya. Begitulah keadaannya apabila kita menjadi hamba manusia.

Sebaliknya keadaannya jauh berbeza apabila seseorang itu menjadi hamba Allah dan semua manusia wajib menjadi hamba-Nya. Dia yang menjadikan kita dan sebab itu patut mematuhi segala titah perintah-Nya.

Tujuan utama Allah mencipta manusia supaya kita menjadi hamba dan mengabdikan diri kepada-Nya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat (mengabdikan) kepada Ku.”

(Surah Az Zariyat: Ayat 56)

Berpandukan ayat itu, tidak wajar kita menjadikan nafsu dan syaitan sebagai pedoman dalam mengharungi hidup seharian. Semua orang wajib menganggap dirinya hamba Allah kerana kita diciptakan Tuhan daripada tidak ada menjadi ada.

Namun pengakuan kita dengan mulut sahaja adalah tidak mencukupi untuk menjadi seorang hamba Allah. Pengakuan kita belum tentu diterima Allah selagi tidak membuktikannya dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Dengan lain perkataan, kita hendaklah mengaku patuh kepada Allah dan rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.

Bagi membimbing atau memandu kita supaya tidak terpesong dan tergelincir daripada jalan yang diredai-Nya - menjadi hamba yang dimegah dan dilindungi rahmat-Nya - maka Allah s.w.t mengutus para Nabi dan Rasul. Terdapat 25 rasul dan nabi yang wajib dipercayai dan diyakini setiap insan yang mengaku dirinya beragama Islam.

Peranan dan tugas utama rasul diutus ialah untuk mengajar manusia dan semua pengajaran dan petunjuk yang dibawa rasul adalah pengajaran dan petunjuk Allah s.w.t. Adalah satu kesalahan besar sekiranya dalam mengharungi hidup seharian, kita tidak mengendah dan mengalpakan diri daripada ajaran Nabi Muhammad. Orang yang berbuat demikian tidak patut dan tidak seharusnya mendakwa dirinya sebagai hamba Allah.

Dalam Surah Al Bayinnah Ayat 5 pula Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tidaklah mereka disuruh melainkan menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepada-Nya (beribadah menurut perintah Nya).”

Daripada ayat tersebut jelas matlamat utama Allah menjadikan manusia agar mereka menjadi hamba Allah - mengikhlaskan diri dalam mengerjakan segala titah perintah-Nya yang dibawa melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w

Apabila kita menyedari keadaan ini, pastilah kita akan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup baik di dunia atau di akhirat kelak. Menyedari hakikat ini akan mendorong kita untuk bergerak sesuai sebagai seorang hamba Allah. Segala kerja akan kita laksanakan dengan berpandukan bahawa kita hamba Allah - baik kerja itu dibuat secara sulit atau secara terang, secara berkelompok atau bersendirian

Sebaliknya, kerja yang dilakukan tanpa berlandaskan syariat Islam - tanpa menyedari bahawa kita hamba Allah walaupun kerja itu mencapai kejayaan tetapi kejayaan itu adalah sementara sahaja. Apabila kita berhadapan dengan Allah, baik di alam kubur mahu pun di alam akhirat, nampak jelas kita gagal di sepanjang jalan.

Sebab itu periksalah diri dan buatlah persiapan untuk menjadi hamba Allah. Pelajari dan selidik sedalam-dalamnya cara hendak menjadi hamba yang diredai Allah.

Satu daripada cara bagaimana hendak menjadi hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dinyatakan melalui Firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya mendapat kemenangan orang-orang yang membersihkan hati (baik hati) dan merugi (elak) orang yang mengotorkan hatinya (jahat).”

(Surah As Syams: Ayat 9 dan 10)

Daripada ayat itu Allah menjelaskan orang yang membersihkan hatinya akan beroleh kebahagiaan dan kemenangan sepanjang hayat sama ada umurnya panjang atau pendek. Sebaliknya mereka yang mengotori hatinya akan kerugian walaupun umurnya panjang, hartanya melimpah ruah dan ilmu pengetahuannya tinggi menggunung.

Bagaimanakah cara untuk membersih dan mengotorkan hati? Soalan ini dapat dijawab Nabi Muhammad saja. Baginda dilantik khusus oleh Allah untuk menceritakan hal ini.

Banyak cara untuk membersihkan hati, satu daripadanya ialah mendengar cerita mengenai kisah nabi dan orang soleh.

Al-Quran banyak membincangkan mengenai hukum, nasihat dan kisah nabi, malaikat, syaitan, iblis, orang kafir dan orang mukmin. Kisah itu bertujuan memberi kesedaran, keinsafan dan pengajaran mengenai kekuasaan Allah yang mentadbir seluruh alam ini.

Kebesaran dan keagungan Allah pula boleh memberi keinsafan kepada manusia untuk memikirkan mengenai kelemahan dirinya sebagai makhluk Allah.

Apabila kesedaran dan keinsafan ini meresap ke dalam hati dan jiwa setiap manusia, maka lahirlah perasaan untuk memperhambakan diri kepada Allah iaitu dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang-Nya.

Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati, tetapi tiada siapa tahu bila giliran masing-masing.

Ketika menumpang hidup di bumi Allah ini, kita dituntut membuat pelbagai kebaikan dan amalan yang diredai-Nya. Sesiapa yang menghadap Tuhan dengan amalan baik, pasti akan menerima pembalasan baik di akhirat.

Sebenarnya hamba Allah adalah suatu pangkat yang tinggi di sisi-Nya. Pangkat ini diberi kepada solihin dan muttaqqin. Nabi Muhammad sendiri dinamakan hamba Allah dan utusan-Nya.

Beruntunglah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh supaya diterima Allah sebagai hamba-Nya yang sejati. Insya-Allah.

Tuesday, March 24, 2009

Sahabatku..




Sahabatku,kalaulah aku mampu memimpinmu,memimpinmu keluar dari kegelapan itu.Kalaulah aku mampu menerangi sudut gelap dalam hidupmu itu.Sahabatku,apakah daya aku sendiri masih meraba-raba merangkak mencari arah,terkapai-kapai menghulurkan tangan mencari pautan untuk membantu aku bangun ke dunia nyata,aku sendiri masih terhuyung-hayang dibawa alunan ombak kehidupan,ombak yang menghempas diriku dengan dugaan dan cubaan.Aku sendiri seperti dahan yang rapuh,akan patah bila2 masa,seperti pohon yang akan rebah bila ditiup walo angin kecil atau goyah dgn taufan godaan yang melanda.Tapi sahabatku hanya ini mampu ku tunjukkan padamu,keinsafan diri ini yang cukup bermakna buat diriku.Engkau mengenali kehidupan silamku,kehidupan silam dimana kita bersama dalam kehanyutan dunia,dalam kegelapan yang nyata,kita hidup jauh meyimpang dari agama,kita hidup penuh dengan pendustaan dan peyeksaan terhadap diri kita sendiri.Dan kini,baru aku meyedarinya dengan mendapat Hidayah-Nya.Aku bersyukur ke hidrat Illahi.Tuhan masih meyayangi ku,masih belum tertutup pintu hatiku untuk mendapat hidayah-Nya.Tapi sahabatku engkau juga sama, tuhan itu Maha Penyayang dan Pengasih,Lagi Maha Adil dan Saksama,cuba engkau buka pintu hatimu untuk melihat segalanya...di hidup ini telah banyak peluang yang telah Dia(Allah swt) berikan kepada kita.Kita masih hidup dengan sempurna hingga hari ini,sedangkan sudah berapa lama kita bergelumung dengan dosa,dosa yang merosakkan akhlak kita,dosa yang mencemarkan agama kita,dosa yang membinasakan dunia kita, dosa yang memudaratkan keluarga dan diri kita. Tuhan masih sayang kepada kita,masih terbuka pintu taubat-Nya selagi ajal belum menjemput kita, semua ini adalah dengan izin-Nya.Sahabatku,tiada orang lain yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri,tiada org lain yg dapat membuka pintu hati kita melainkan diri kita sendiri kerana kunci itu hanya ada pada kita bila kita sudah Cuba Mendekati-Nya(Allah swt),tuhan yang Esa.Kita sendiri yang memilih jalan yang ingin kita lalui dan yang patut kita ikuti. Dulu kita memilih jalan yang mudah itu(kesesatan) untuk mendapat kepuasan,kegembiraan,kebahagian yang memenuhi nafsu dan keinginan kita di dunia ini tanpa mengira kita berada dalam kegelapan. Dalam kegelapan kita menikmati kepuasan dan kebahagiaan yang tanpa kita sedari diterangi oleh cahaya kepalsuaan dan kesinaran hitam yang mengerlip dari syaitan durjana.Kita tidak menyedari,apa yang kita kecapi di jalan yang salah itu sebenarnya hanyalah sementara dan tidak kekal selamanya.Kepuasan,kebahagiaan, dan kenikmatan palsu yang hanya akan merosakkan dunia nyata kita.Dulu di dunia itu aku mengenal kebahagiaan,kenikmatan dan kepuasan dengan berbekalkan dosa-dosa,dosa besar,dosa kecil. yang di dalam diam telah merosakkan diri kita,keluarga kita,masyarakat kita dan agama kita.Kepuasan yang seperti membunuh diri kita sendiri.Cahaya palsu yang penuh penipuan itu ibarat seperti cahaya api membara yang membakar yang memerlukan bahan bakar(mangsa/manusia) dan bila ia kehabisan bahan ia akan padam untuk selama-lamanya dan kita yang selama ini bergantung pada api itu juga akan berada dalam kegelapan selama-lamanya.Tapi kini aku mendapat cahaya kebenaran-Nya,hidayah dan Petunjuk-Nya(Allah swt).Dengan berbekalkan iman dan ketaqwaan walopun belum sekukuh iman orang2 yg bertaqwa,aku kini ingin kembali ke jalan-Nya,di sini aku mengenal erti kebahagiaan yang hakiki. Baru kini aku merasai,alangkah indahnya kehidupan yang Diredhainya,alangkah bahagia berada di jalan kebenaran-Nya,alangkah Indah agama-Nya,alangkah nikmatnya dan dapat kembali ke Jalan-Nya.KU amat bersyukur Pada-Nya.Walopun bukan mudah untuk aku melupakan dosa-dosa lama,x mudah utk aku mengharungi n menghindari diri dari dosa,tapi dengan nekad yang ada akan aku cuba harungi segalanya dengan jihad dlam diri.Cukuplah dgn dosa yang telah aku lakukan selama ini,itu menjadi kekuatan agar aku tidak melakukan semua itu dan berulang lagi.Sahabatku,sebenarnya itulah yang hanya mampu aku sampaikan padamu.Aku meyedari diri ini tidak layak untuk menegur atau atau memberi nasihat padamu,tapi hanya satu ingin aku mahu kau tahu,bertapa aku meyayangi mu sebagai sahabat.Aku tidak mahu pergi ke jalan yang terang dengan meninggalkan sahabatku terus berada di jalan kegelapan itu.Aku inginkan,kita sama2 merasa erti kebahagiaan sebenar di dunia ini.Sahabatku,marilah kita bersama-sama berjuang dlm hidup ini,berjuang dlm diri kita sendiri,berjuang di jalan kebenaran_nya,berjuang menegakkan agama-Nya agar hidup kita diredhai dan dirahmati-Nya.Marilah kita tinggalkan dunia yang penuh pendustaan itu,dunia yang menggaburi mata kita dari mengenal erti hidup sebenar,dunia yang hanya membuai kita dgn keseronokan melalui irama2 syaitan di dunia,yang menghanyutkan kita dgn nafsu semata-mata,dunia yang menjauhkan kita dari dunia yang nyata dan menjauhkan kita dari Rahmat-Nya(allah swt),dunia yang menjauhkan kita Dari-NYa(tuhan kita yang esa).Marilah kita bersama-sama kembali ke jalan-Nya(allah swt),marilah sahabatku hanya ini yang mampu ku buat untukmu.Sahabat.....

Friday, March 20, 2009

Hanya Tuhan yg tahu.


Ya Allah ya tuhan ku,sesungguhnya aku amat bersyukur pada-Mu Ya Allah.Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengasih lagi Maha Pengampun,Terimalah taubat ku Ya Allah,janganlah Engkau condongkan hati hamba-Mu ini setelah Engkau berikan hamba-Mu ini Hidayah dan Petunjuk-Mu Ya Allah.Janganlah Engkau palingkan hati hamba-Mu ini dari hidayah-Mu Ya Allah.Berikanlah kekuatan dan keteguhan iman dalam menempuh dugaan dan cubaan dlm hidup ini Ya Allah,jauhkanlah Hamba-Mu ini dari pekara-pekara maksiat Ya Allah.Ya Allah,sesungguhnya hamba-Mu ini amat jahil dalam agama-Mu Ya Allah, masih terlalu sedikit aku bertaubat pada-Mu Ya Allah.Sesungguhnya hamba-Mu ini amat lemah untuk menharungi kehidupan dan melupakan dosa-dosa lamaku Ya Allah.Ya Allah,berikanlah kekuatan keimanan kepada hamba-mu ini agar tidak terjerumus lagi di kancah dosa-dosa lalu Ya Allah.Ya Allah,Hanya Engkau Maha mengetahui segalanya apa yang mencekam hati dan perasaan hamba-Mu ini Ya allah.Ya Allah,tidak terungkap segala dosa yang telah aku lakukan Ya Allah.Tidak sanggup aku mengingati semua itu Ya Allah,Hanya Engkau Maha Mengetahui erti titisan tangisan air mata Hamba-mu ini Ya Allah.Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,Engkau berikan hidayah dan petunjuk-mu Ya Allah.Aku meyedari Kekuasaan dan kebesaran-mu Ya Allah,Engkau jadikan sesuatu itu ada hikmahnya Ya Allah.Engkau tunjukan pada hamba-mu jalan kebenaran mu Ya Allah.Engkau bukakan hati hambamu ini Ya allah,sungguh agung Kebesaran mu Allah.Sesungguhnya hamba-mu ini masih terkapai-kapai dalam kegelapan mencari jalan,namun Engkau kirimkan kepadaku cahaya-mu Ya Allah. Engkau pertemukan Aku dengan orang-orang yang berjuang di jalanMu Ya Allah,engkau kirimkan seorg sahabat yang membimbing aq dengan sedikit cahaya menuju ke jalan-mu Ya Allah.Engkau membuka hatiku merenungi kehidupan ku Ya Allah,bekal dorongan n didikan seorang kakak yang tidak jemu memimpinku dalam mencari erti hidup sebenar.Keluarga yang menjadi kekuatan ku dalam terus berusaha dan menempuh hidup di jalan yang Diredhai oleh-Mu Ya Allah.Kini ku kembali ke jalan-Mu Ya Allah,tapi masih terlalu sedikit aku lakukan untuk menebus segala dosa-dosaku ya Allah.Masih jauh perjalananku dan bukan mudah untuk menebus dosa-dosaku Ya Allah,namun ku berdoa padamu Ya Allah...Berikan kekuatan keimanan agar hamba-Mu ini terus berada di jalan kebenaran -Mu dan dapat terus berjuang dalam meraih Taubat-ku.

Followers