Sunday, June 11, 2017
Sunday, December 23, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Thursday, June 24, 2010
Renungan diri
Tapi kalo kita bertudung,depan org ramai berpegang-pegang tangan dgn kekasih,bercium2an itu lah masalah,masyallah. Atleast dgn bertudung tu malu lah sikit dekat org.Ada hikmahnya pakai tudung,kita pakai tudung kita sedar kita ni islam,kita pakai tudung kita sedar wajib menutup aurat menghindari kemurkaan Allah swt,kita bertudung membezakan kita dgn org bukan islam.Itulah identiti kita sebagai islam,kita pakai tudung kita bangga org lain tahu kita islam(kalo tak pakai tudung kita tak rasa lain kah org tak tau kita ni muslim atau tidak,tup2 lagi muka ada mix2 gitu,org tak tahu kita islam atau kristian atau agama lain bab tak bertudung)tak rasa janggal ke?.Tu hikmah bertudung org tahu agama kita islam dan pakai tudung hikmahnya kita cuba menghindari diri dari melakukan sesuatu yg dianggap tidak baik.Tapi kalo pakai tudung tak effect kat kita,itu yg ada masalah tu.Cuba fikir2 dan renung2kan balik kenapa org yg bertudung skrg perangai x senonoh??? Ah tulah kerana tudung dijadikan fesyen pakai tudung separuh kepala nampak rambut depan,siap berjuntai2 lagi, pakai tudung dinaik-naikn p atas kepala,bahagian sepatutnya tertutup x tertutup suda...pakai tudung berbelit2 mcm ular suda...jgn....nti di akhirat sana betul2 ular belit kita(iyalah bagus2 tudung dgn nama tudungnya dicemarkan dgn fesyen2 yg berragam2 ni)tudung hanya untuk menutup rambut yg x cantik/mati sebab dah berkali2 wat rebonding,bertudung supaya nmpk cntik muka bulat2 daripada buka tudung malu rambut tak shalus "guna jari pun boleh", pakai tudung baju ketat nampak bentuk badan yg meliurkan lelaki,Astagfiruaalazim.
Niat tu penting...niat kita bertudung.adakah kerana fesyen atau keterpaksaan atau sememangnya niat kerana Allah menunaikan kewajipan menutup aurat.Kalo betul kerana ingin mnutup aurat,tutuplah betul2 jgn masuk angin nti.Kaji balik,tudung ni apa fungsinya sebenarnya?? adakah hanya sekadar menutup separuh rambut?adakah hanya mnutup rambut bole menampakkn lehar,ada kah tutup kepala dibelit2kn bole menampkkn bentuk2 yg tak sepatutnya nmpk??
Kita bandingkan lagi dgn solat, kita sembahyang tapi masih buat dosa bukan dosa kecil tapi dosa besar??Sejauh mana impak solat kita itu dalam membentuk diri kita? kenapa tidak dengan solat yg kita dirikan itu memberikan kekuatan untuk kita menghindari dosa?? Nah,kerana mesti ada yg tak kena dgn solat kita?? cuba fikir2 dan renungkan kembali perbuatan kita,knp solat tapi masih dating sana dating sini,kenapa solat tapi masih mengumpat sana mgumpat sini,knp solat masih buka sana buka sini...(dating,mgumpat,buka aurat) Mesti org zaman sekarang anggap benda ni pekara kecil jer..tapi sebenarnya ia adalah dosa besar!!! Dating dan membuka aurat bole membawa kpd maksiat,mgumpat(mengumpat itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh) kerana mgumpat ni bole membwa macam2 pekara buruk.sO mana keberkesanan solat dalam diri kita?apa makna solat? mana hikmahnya dalam diri kita?? Adakah solat kewajipan atau adat?? adakah solat hanya sekadar bila ada masa,bila ada mood bila ada masalah??? adakah solat hanya sekadar berdiri,takbir,rukuk sujud dan itulah solat????? kita renungkan lah balik,di mana silapnya kita yg membuat kita tidak dapat merasa nikmatnya solat itu,di mana silap kita tidak dpt mjadikn ia benteng dan senjata dalam mhindari diri dari dosa2 besar ini?dimana silapnya kita??adakah solat yg kita lakukan selama ni bermakna atau hanya sekadar sandiwara?? Solat 5 waktu sehari semalam,adakah kita telah betul2 melaksanakan nya dengan sempurna? !!! buka hati buka minda tanyalah diri kita. Renungan untuk diri ini dikongsi bersama.
Saturday, March 13, 2010
Hari ini...
ku tidak sealim ulama,tapi darah islam yg mengalir dlm diriku memberi kekuatan utk diriku menghindari diri daripada kemungkaran,Insyallah.Dosa silam belum pasti dapat aku tebus,inikan lagi dosa baru yg mahu dilakukan.Sampai bila hanya dosa,dosa,dan dosa. Walopun dosa itu sekecil zarah kuman ianya tetap dosa.
Indahnya percintaan antara dua manusia yg bergelar wanita dan lelaki jika mengikut syariat islam.Cinta tanpa memandang paras muka dan harta,tanpa dicemari hawa nafsu, tetapi memandang kepada agamanya,budi bahasanya,keturunanya.Terpikat dgn tinggi agamanya dan budi pekertinya,bukan tpikat dgn kecantikn,ktampann dan hartanya.
Setelah jatuh cinta,si lelaki merisik si wanita dgn menemui keluarganya.Mengetahui latar belakang kekasih hati yg telah memikat hatinya.Megetahui asal usul keturunan,agama dan seisi keluarga yg ingin disatukan sillahturahim antara mereka.Cinta kepada diri kekasih hatinya dan cinta kepada keluarga kekasihnya.Memilh keturunan yg baik untuk melahirkn keturunan yg baik.
Ilmu yg tinggi,agama yg teguh, sudah ckup menjadi perantaraan antara mereka untuk bercinta tanpa brjumpa.Dari hati ke hati di tghnya tuhan.Kalo Takde Dia(tuhan) kat tgh hati ke hati boleh jadi zina hati.So kena jaga juga.maksudnya di tgh tuhan,bercinta kerana tuhan.ingin bernikah kerna ianya kewajipan dan Perintah-Nya....Ingin bernikah utk melahirkn zuriat yg baik bagi mengembangkn keturunan islam
Keturunan yg baik yg mulia dihormati agama lain.Ingin bernikah kerana meyayangi dia kerana tuhan.Tiada istilah "bercouple" walopun di dunia modern yg penuh canggih ini skrg.Ikut islam nak jumpa lelaki bukan muhrim dgn niat nk dating haram.Niat tu penting, nk jumpa juga bwa bapa atau abang.hahaha...tapi kalo bagi org bi...lmu,agama teguh nak jumpa2 sebelum kahwin itu tak perlu.
Kalo tak jumpa x kenal wajah bakal suami.TAk kENAL MAKA TAK CINTA!! bAGI ORG yg teguh agama,wajah tu tak penting.Tak kenal wajah takpe,Janji Kita kenal tinggi agamanya, baik keturunan keluarganya, mulia budi pekertinya.Dah Cukup... nak tgok juga rupa dia mcmna??Alah masa nikah lagi suprise lagi wonderful bila org yg ki...ta rindu2 selama ni,org yg kita tgu2 slama ni,org yg kita syg selama ni tanpa dating2 selama ni
akan berada di depan mata kita dan akan diijab kabulkan.Bila dia da dpn mata,bila dah syg dia kerana Allah,dia pendek,kentot,x semacho shah rukh khan itu belakang cerita.Kalo dah kerana Allah,insyallah sumanya wonderful.......cinta dan syg kita kat org tu beribu2 kali membara lebih daripada org yg bercinta dah dating b...eribu2 kali dgn pasangn dorang.Cinta kita lgi fresh gitu......cinta yg diredhai baru berputik..
Dah sah diijabkabulkn,nah ini part paling gementare.e.e.e.e.kan bagus bila dah sah jadi suami isteri baru dpt cium2 dahi ni suma..hahaha,bayangkn selama ni x pernah org bukan muhrim sentuh kita..tapi bila dah sah nikah time ni dia yg suda bergelar suami org yg kita syg wat pertama ...kalinya mencium dahi kita.Cium d dahi tanda sayang...Inilah nikmat cinta dalam islam yg sebenar.
TO SOMEONE,I HOPE YOU COULD UNDERSTAND.aKU BUKANLAH SEALIM USTAZAH,JAUH SEKALI DI SISI PARA ULAMA.AKU HANYA MANUSIA BIASA YG BARU MENGENAL ALIF BA TA.SEBAB ITU AKU TAKUT UNTUK BERCINTA.....cuba hindari diri dari dosa walopun hanya dosa sekecil zarah
Sunday, November 29, 2009
3 soalan
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?” Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.
Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” J
awab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu.
Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”,
jawab beliau.
Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya.
Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
Ketika menceritakan kisah ini kepada adik-adiknya, si kakak menampar perlahan adiknya yang paling dekat disisinya.. si adik terkejut dan berkata "kenapa kakak tampar aku pula?"..
si kakak menjawab, "kalau mendengar saja nanti lama-lama lupa.. tapi kalau betul2 rasa tamparannya, mungkin ingat sampai bila-bila".. lantas ketawa kecil dan memeluk erat adiknya itu.. semua yang ada ketawa.. :)
Sunday, October 25, 2009
Berubah

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah
Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku
Lagu/lirik : Deden Supriadi
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com
Friday, July 10, 2009
Merebut gelaran hamba
Oleh Hashim Ahmad
* bahan diterbitkan untuk tujuan perkongsian*
PERKATAAN hamba dalam konteks bahasa biasa seharian bermaksud orang suruhan. Dalam Islam pula, hamba digolongkan sebagai orang yang belum memerdekakan diri dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada majikan atau tuannya.
Ketika penggunaan hamba berleluasa suatu ketika dulu, seseorang itu mungkin asalnya merdeka, tetapi apabila berlaku rompakan ke atas kaumnya atau dia menjadi orang tawanan perang setelah kalah dalam peperangan maka dia menjadi hamba.
Hidup seseorang hamba itu tidak mempunyai kebebasan, malah dia dikongkong atau diawasi majikan atau tuannya. Selain itu dia terpaksa melakukan apa saja kerja yang disuruh tuannya walaupun kesihatannya terganggu.
Pendek kata, seorang hamba tergolong dalam status sosial paling rendah. Hidupnya akan sentiasa tertekan dan keadaan ini akan berkekalan selagi dia tidak menebus diri daripada majikannya. Begitulah keadaannya apabila kita menjadi hamba manusia.
Sebaliknya keadaannya jauh berbeza apabila seseorang itu menjadi hamba Allah dan semua manusia wajib menjadi hamba-Nya. Dia yang menjadikan kita dan sebab itu patut mematuhi segala titah perintah-Nya.
Tujuan utama Allah mencipta manusia supaya kita menjadi hamba dan mengabdikan diri kepada-Nya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat (mengabdikan) kepada Ku.”
(Surah Az Zariyat: Ayat 56)
Berpandukan ayat itu, tidak wajar kita menjadikan nafsu dan syaitan sebagai pedoman dalam mengharungi hidup seharian. Semua orang wajib menganggap dirinya hamba Allah kerana kita diciptakan Tuhan daripada tidak ada menjadi ada.
Namun pengakuan kita dengan mulut sahaja adalah tidak mencukupi untuk menjadi seorang hamba Allah. Pengakuan kita belum tentu diterima Allah selagi tidak membuktikannya dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Dengan lain perkataan, kita hendaklah mengaku patuh kepada Allah dan rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.
Bagi membimbing atau memandu kita supaya tidak terpesong dan tergelincir daripada jalan yang diredai-Nya - menjadi hamba yang dimegah dan dilindungi rahmat-Nya - maka Allah s.w.t mengutus para Nabi dan Rasul. Terdapat 25 rasul dan nabi yang wajib dipercayai dan diyakini setiap insan yang mengaku dirinya beragama Islam.
Peranan dan tugas utama rasul diutus ialah untuk mengajar manusia dan semua pengajaran dan petunjuk yang dibawa rasul adalah pengajaran dan petunjuk Allah s.w.t. Adalah satu kesalahan besar sekiranya dalam mengharungi hidup seharian, kita tidak mengendah dan mengalpakan diri daripada ajaran Nabi Muhammad. Orang yang berbuat demikian tidak patut dan tidak seharusnya mendakwa dirinya sebagai hamba Allah.
Dalam Surah Al Bayinnah Ayat 5 pula Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tidaklah mereka disuruh melainkan menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepada-Nya (beribadah menurut perintah Nya).”
Daripada ayat tersebut jelas matlamat utama Allah menjadikan manusia agar mereka menjadi hamba Allah - mengikhlaskan diri dalam mengerjakan segala titah perintah-Nya yang dibawa melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w
Apabila kita menyedari keadaan ini, pastilah kita akan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup baik di dunia atau di akhirat kelak. Menyedari hakikat ini akan mendorong kita untuk bergerak sesuai sebagai seorang hamba Allah. Segala kerja akan kita laksanakan dengan berpandukan bahawa kita hamba Allah - baik kerja itu dibuat secara sulit atau secara terang, secara berkelompok atau bersendirian
Sebaliknya, kerja yang dilakukan tanpa berlandaskan syariat Islam - tanpa menyedari bahawa kita hamba Allah walaupun kerja itu mencapai kejayaan tetapi kejayaan itu adalah sementara sahaja. Apabila kita berhadapan dengan Allah, baik di alam kubur mahu pun di alam akhirat, nampak jelas kita gagal di sepanjang jalan.
Sebab itu periksalah diri dan buatlah persiapan untuk menjadi hamba Allah. Pelajari dan selidik sedalam-dalamnya cara hendak menjadi hamba yang diredai Allah.
Satu daripada cara bagaimana hendak menjadi hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dinyatakan melalui Firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya mendapat kemenangan orang-orang yang membersihkan hati (baik hati) dan merugi (elak) orang yang mengotorkan hatinya (jahat).”
(Surah As Syams: Ayat 9 dan 10)
Daripada ayat itu Allah menjelaskan orang yang membersihkan hatinya akan beroleh kebahagiaan dan kemenangan sepanjang hayat sama ada umurnya panjang atau pendek. Sebaliknya mereka yang mengotori hatinya akan kerugian walaupun umurnya panjang, hartanya melimpah ruah dan ilmu pengetahuannya tinggi menggunung.
Bagaimanakah cara untuk membersih dan mengotorkan hati? Soalan ini dapat dijawab Nabi Muhammad saja. Baginda dilantik khusus oleh Allah untuk menceritakan hal ini.
Banyak cara untuk membersihkan hati, satu daripadanya ialah mendengar cerita mengenai kisah nabi dan orang soleh.
Al-Quran banyak membincangkan mengenai hukum, nasihat dan kisah nabi, malaikat, syaitan, iblis, orang kafir dan orang mukmin. Kisah itu bertujuan memberi kesedaran, keinsafan dan pengajaran mengenai kekuasaan Allah yang mentadbir seluruh alam ini.
Kebesaran dan keagungan Allah pula boleh memberi keinsafan kepada manusia untuk memikirkan mengenai kelemahan dirinya sebagai makhluk Allah.
Apabila kesedaran dan keinsafan ini meresap ke dalam hati dan jiwa setiap manusia, maka lahirlah perasaan untuk memperhambakan diri kepada Allah iaitu dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati, tetapi tiada siapa tahu bila giliran masing-masing.
Ketika menumpang hidup di bumi Allah ini, kita dituntut membuat pelbagai kebaikan dan amalan yang diredai-Nya. Sesiapa yang menghadap Tuhan dengan amalan baik, pasti akan menerima pembalasan baik di akhirat.
Sebenarnya hamba Allah adalah suatu pangkat yang tinggi di sisi-Nya. Pangkat ini diberi kepada solihin dan muttaqqin. Nabi Muhammad sendiri dinamakan hamba Allah dan utusan-Nya.
Beruntunglah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh supaya diterima Allah sebagai hamba-Nya yang sejati. Insya-Allah.
Tuesday, March 24, 2009
Sahabatku..
Friday, March 20, 2009
Hanya Tuhan yg tahu.

Ya Allah ya tuhan ku,sesungguhnya aku amat bersyukur pada-Mu Ya Allah.Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengasih lagi Maha Pengampun,Terimalah taubat ku Ya Allah,janganlah Engkau condongkan hati hamba-Mu ini setelah Engkau berikan hamba-Mu ini Hidayah dan Petunjuk-Mu Ya Allah.Janganlah Engkau palingkan hati hamba-Mu ini dari hidayah-Mu Ya Allah.Berikanlah kekuatan dan keteguhan iman dalam menempuh dugaan dan cubaan dlm hidup ini Ya Allah,jauhkanlah Hamba-Mu ini dari pekara-pekara maksiat Ya Allah.Ya Allah,sesungguhnya hamba-Mu ini amat jahil dalam agama-Mu Ya Allah, masih terlalu sedikit aku bertaubat pada-Mu Ya Allah.Sesungguhnya hamba-Mu ini amat lemah untuk menharungi kehidupan dan melupakan dosa-dosa lamaku Ya Allah.Ya Allah,berikanlah kekuatan keimanan kepada hamba-mu ini agar tidak terjerumus lagi di kancah dosa-dosa lalu Ya Allah.Ya Allah,Hanya Engkau Maha mengetahui segalanya apa yang mencekam hati dan perasaan hamba-Mu ini Ya allah.Ya Allah,tidak terungkap segala dosa yang telah aku lakukan Ya Allah.Tidak sanggup aku mengingati semua itu Ya Allah,Hanya Engkau Maha Mengetahui erti titisan tangisan air mata Hamba-mu ini Ya Allah.Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,Engkau berikan hidayah dan petunjuk-mu Ya Allah.Aku meyedari Kekuasaan dan kebesaran-mu Ya Allah,Engkau jadikan sesuatu itu ada hikmahnya Ya Allah.Engkau tunjukan pada hamba-mu jalan kebenaran mu Ya Allah.Engkau bukakan hati hambamu ini Ya allah,sungguh agung Kebesaran mu Allah.Sesungguhnya hamba-mu ini masih terkapai-kapai dalam kegelapan mencari jalan,namun Engkau kirimkan kepadaku cahaya-mu Ya Allah. Engkau pertemukan Aku dengan orang-orang yang berjuang di jalanMu Ya Allah,engkau kirimkan seorg sahabat yang membimbing aq dengan sedikit cahaya menuju ke jalan-mu Ya Allah.Engkau membuka hatiku merenungi kehidupan ku Ya Allah,bekal dorongan n didikan seorang kakak yang tidak jemu memimpinku dalam mencari erti hidup sebenar.Keluarga yang menjadi kekuatan ku dalam terus berusaha dan menempuh hidup di jalan yang Diredhai oleh-Mu Ya Allah.Kini ku kembali ke jalan-Mu Ya Allah,tapi masih terlalu sedikit aku lakukan untuk menebus segala dosa-dosaku ya Allah.Masih jauh perjalananku dan bukan mudah untuk menebus dosa-dosaku Ya Allah,namun ku berdoa padamu Ya Allah...Berikan kekuatan keimanan agar hamba-Mu ini terus berada di jalan kebenaran -Mu dan dapat terus berjuang dalam meraih Taubat-ku.

